Biografi Fairouz Ai

Fairouz Ai Kadota (Jepun: 門田ファイルーズあい; Arab: فيروز أي كضت) lahir pada tarikh 6 Julai 1993 di Tokyo. Ayahnya ialah orang Arab dari Mesir dan ibunya orang Jepun.[2][4] Nama Fairouz ialah sempena kepada penyanyi terkenal asal Lubnan. Dia menghabiskan masa kecilnya di Cairo sebelum bermastautin ke Jepun.[4] Semasa di darjah sekolah menengah, dia sering membaca siri manga JoJo's Bizarre Adventure. Perlahan kemampuan berbahasa Jepun miliknya semakin baik dan ia menyertai sebuah komuniti penggemar anime dan manga di Skype.[4]

Kemahuan Fairouz semakin kuat untuk bekerja sebagai seiyuu selepas terinspirasi oleh teman sedarjahnya yang berjaya pas dari akademi, tetapi ayahnya tidak bersetuju dengan cita-cita puterinya itu. Fairouz dimasukan ke dalam sekolah vokasi dengan memilih kepujian reka grafik, selepas menamatkan sekolahnya masuk ke universiti dengan memilih kepujian kesihatan dan pemuliharaan gigi.[4] Selama bersekolah dan di pendidikan tinggi, Fairouz mengumpulkan wang dari bekerja separuh masa agar dapat mencari kerjayanya sendiri dan membayar yuran akademi pelakon suara.[4]

Fairouz berjaya pas dari akademi dan menjadi pekerja syarikat pelakon suara bernama Pro-Fit pada tahun 2018.[2] Pada tahun 2019, dia mendapat lakonan watak utama pertama sebagai Hibiki Sakura, protagonis siri anime bertajuk Dumbbel Nan-Kilo Moteru?.[3][4] Dia dan Kaito Ishikawa mendendangkan runut bunyi pembuka anime itu yang bertajuk "Kupohonkan kepadamu otot-ototku" (Jepun: お願いマッスル),[5] Fairouz juga berlakon dalam beberapa video promosi yang menampilkan dirinya sedang angkat berat dengan pelbagai alat sukan untuk pengiklanan.[6] Dia mengalihkan suara Emily Orange dalam francais multimedia Kandagawa Jet Girls dan pada tahun 2020 sebagai Eripiyo pada siri anime bertajuk Oshi ga Budōkan Ittekuretara Shinu;[7][8] Fairouz bersama dengan "Momoiro Kataomoi", menyanyikan lagi milik Aya Matsuura untuk muzik dalam ending cerita yang berkisah tentang Eripiyo.[9]

Pada tahun 2020, Fairouz ialah salah satu pelakon Jepun yang memenangi Best New Actress Award pada Anugerah Seiyuu ke-14.[10] Pada tahun 2021, ia mengalihkan suara Manatsu Natsuumi/Cure Summer dalam anime Tropical-Rouge! PreCure.[11]

Pada tarikh 4 April 2021, Fairouz mendapat lakonan suara yang ia cita-citakan sejak pertama kali menduduki kerusi di ruangan darjah sekolah menengah pertama, mengalihkan suara Jolyne Cujoh puteri kepada Jotaro Kujo dalam keluaran keenam JoJo's Bizarre Adventure, Stone Ocean.[12]

Pada tarikh 31 March 2022, Pro-Fit jatuh ke dalam kemuflisan. Nobuhiko Okamoto sebagai salah satu pekerja yang telah lama menyertai syarikat itu bertanggung jawab atas nasib bekas pekerja Pro-Fit. Dia pun menubuhkan syarikat baharu bernama Racoon Dog dan menjadi pemilik saham majoriti. Fairouz kini bekerja di bawah kepimpinannya[13]

Rujukan

WikiPedia: Fairouz Ai https://www.raccoon-dog.co.jp/talent/r12-fai.html https://web.archive.org/web/20220729103826/https:/... https://web.archive.org/web/20201208150014/https:/... https://www.animenewsnetwork.com/daily-briefs/2019... https://web.archive.org/web/20190702160353/https:/... https://web.archive.org/web/20200807000547/https:/... https://web.archive.org/web/20191031222231/https:/... https://web.archive.org/web/20201023172237/https:/... https://web.archive.org/web/20230315194630/https:/... https://web.archive.org/web/20211021012814/https:/...